Isnin, 6 Jun 2011

sepi


Sepi…..
Hati merintih…
Tidak pasti apa yang di cari
Cuma yang ku tahu hanya sepi
Sepi dan sunyi yang mengisi hati
Semakin hari sepi itu…
Semakin menguasai diri…
Aku juga sudah lelah…
Lelah menafsir akan hati ini
Aku sudah bosan begini
Sepi tanpa ada sebab yang pasti…
Aku mahu diriku yang dahulu..
Ceria dan gembira…
Meniti hari yang berganti
Melalui hari tanpa ada rasa sepi
Lalu aku mengintai saat itu…
Cuba mengingati apa yang dilalui
Yang membuatkan aku
Tidak pernah mengenali sepi…
Namun akhirnya aku kecewa
Membawa aku kepada redha
Jawapannya tidak kutemui jua
Kini aku hanya mampu berserah
Menanti dengan sabar
Moga sepi ini berlalu pergi
Agar hari-hari mendatang
Dapat kulalui dengan tenang…

®EyZ rEyZa
20 mei 2011

Isnin, 28 Mac 2011

atie @ 26/03/11 parit buntar


jam tangan
jambangan cinta
kemeja
kasut

set wangian

telur emas


kain pelikat

sejadah lipatan kerang


Sabtu, 12 Mac 2011

sayang, kasih dan cinta

Apa bezanya? 3 perkataan berbeza tetapi mempunyai makna untuk tujuan yang hampir sama..,  3 perkataan yang sering menjadi ungkapan semua peringkat umur, sedari kanak-kanak sehingga dewasa.  Ungkapan untuk menggambarkan perasaan setiap insan, sering kita dengar bagi kanak-kanak berusia 2-5 tahun, mereka sering mengungkapkan sayang yang ditujukan kepada ayah, ibu, atuk, nenek, adik, abang mahupun kakak. Tetapi kita sendiri tidak pasti sejauh mana mereka memahami ungkapan sayang itu. Berbeza bagi kanak-kanak yang menginjak remaja mereka mungkin sudah memahaminya.
Perkataan kasih pula jarang di dengar sebagai ungkapan melainkan sekadar ucapan terima kasih untuk menunjukkan penghargaan kepada seseorang yang memberi pertolongan atau bantuan. Perkataan kasih sering digunakan untuk menunjukkan rasa seseorang dan digunakan sebagai penulisan bagi mereka yang berkarya.  ‘Kasih ibu-bapa pada si anak‘,  ‘kasih guru pada pelajarnya‘,  ‘kasihkan seseorang‘..,  tetapi ia sukar digunakan sebagai satu ungkapan.
Cinta..?  Perkataan cinta digunakan dalam banyak hal.  Cinta juga adalah perkataan yang sering kita dengar sebagai luahan rasa.  Namun cinta itu sangat besar penggunaan dan maknanya.  ‘Pecinta alam’ bagi mereka yang amat menitik beratkan kebersihan persekitaran mereka dan banyak lagi seperti ‘pecinta haiwan’, ‘pecinta muzik’ dan lain-lain.
Cinta digunakan untuk meluahkan rasa seseorang. Cinta juga sering di salah guna dan di salah tafsirkan.  Kerana cinta jugalah ramai remaja yang hanyut.  Mereka menafsirkan cinta perlu pengorbanan hingga mengorbankan sesuatu yang tidak patut pada orang yang juga tidak sepatutnya.  Korbankan harga diri hanyalah  pada cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata, kerana cinta yang sebenarnya harus sama-sama mempertahankan maruah diri hingga menjadi pasangan yang halal di sisi agama, bukan menghalalkan sebelum diijabkabul.
Maka cinta yang sebenar dan seharusnya adalah cinta pada Pencipta kita, cinta pada Allah dan Rasul-Nya.  Kerana apabila kita kembali menyintai pencipta kita maka dengan sendirinya kita akan mencintai diri kita, maruah kita, pasangan kita, keluarga dan kehidupan kita. Jadi cintalah pada yang berhak kerana setiap pergerakan dan perbuatan kita, walau sebijak mana kita menyembunyikannya, namun hakikatnya ada yang tidak jemu memerhati dan mengikutinya.  Andai kita sayang, kasih dan cintakan diri dan kehidupan kita maka kembalilah menyayangi, mengasihi dan mencintai Pencipta kita. Cinta pada-Nya jua yang abadi.

Jumaat, 11 Mac 2011

DI MANA HATI KITA

Masih bernilaikah kasihnya ibu?  Andai benar masih bernilai apakah gelaran bagi mereka yang membuang bayi?  Di mana pula rasa kasih pada bayi yang dikandung berbulan-bulan..,  9 bulan bukanlah satu jangkamasa yang pendek..,  
Walaupun bayi itu tidak di undang, terhasil  dari gadis-gadis malang yang di rogol, gadis-gadis naif yang hanyut dan tergoda dengan keseronokan dunia, hanyut dengan nafsu dan janji lelaki yang kononnya sepenuh hati mencintai mereka dan tanpa sedar itu hanyalah sekadar kata-kata manis untuk menambat hati si gadis.
Biarpun bayi tersebut tidak diundang namun mereka suci dari dosa, umpama kain putih kosong, hanya kita yang perlu mencoraknya, menjadikan sebagaimana yang kita mahu. Jika kena dengan corak dan warnanya maka kain putih kosong tadi akan menjadi sehelai kain yang amat bernilai.
Begitulah tugas kita sebagai ibu.., mendidik dan membentuk anak kita namun sudah menjadi asam garam dunia, tidak semuanya akan berjaya namun bukanlah salah ibu andai sudah berusaha memberi yang terbaik, mungkin itu adalah dugaan dari Pencipta kita yang mahu menguji sekuat mana iman kita. Andai ini yang sudah ditentukan, maka sabar dan redha lah kerana sudah pasti ada ganjaran dari-Nya.
Bagi mereka yang membuang, membunuh bayi, pasti suatu hari kekesalan itu akan mengejar mereka.  Saat itulah baru kesedaran itu akan timbul namun sudah terlambat untuk merubah melainkan  terpaksa menanggung kesal sepanjang hayat.  Pada mereka yang sedang menanggung  derita tanpa rela, sabarlah dengan ujian dari-Nya, lahir dan belailah bayi itu dengan hati yang redha dan ikhlas.  Hikmah dan ganjaran dari-Nya pasti ada. 
Kepada mereka yang masih hanyut, moga anda cepat sedar dari mimpi indah dunia yang sementara.  Berubahlah demi masa depan anda yang masih panjang,  kebahagiaan pasti akan menyusul.  Kesilapan anda mungkin bakal melahirkan bayi yang tidak diundang.  Kasihanilah mereka kerana gelaran anak luar nikah atau anak haram itu bakal memalapkan masa depan mereka.

Khamis, 10 Mac 2011

jambangan cinta


rm 20

*kotak bersaiz 8x12
*warna mengikut pilihan (riben)
*harga utk kaw parit buntar dan
yg dtg sendiri ke bengkel

halwa

RM 20/++

*saiz kotak 8x8
*pilihan warna: hijau/merah/kuning
*harga utk kawasan parit buntar dan
yg datang sendiri ke bengkel
**harga bertambah mengikut saiz kotak
 dan penambahan bahan..



sesuci qaseh...

h
RM 18/++

*harga tertakluk kepada bekas dan bahan..
*harga di atas utk kotak bersaiz 8x8 dan dulang(cth dlm gambar)
*harga utk kawasan parit buntar dan yg dtg sendiri ke bengkel

setiap yang terpamer adalah hak milik eyz reyza